^_^

^_^

Followers

Jumaat, 17 Januari 2014

Apa Itu COMANGO?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni nak bercerita sikit tentang COMANGO. Pe benda tu? Nama pangkat ke jenama kereta?. huhu.. In English we call 'Coalition of Malaysian NGO's atau Bahasa Melayunya adalah Gabungan NGO Malaysia. Gabungan ni adalah pertubuhan bukan kerajaan yang mengemukakan laporan hak asasi manusia kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 


Dalam laporan COMANGO tu ada mengatakan beberapa tuntutan dan desakan yang telah memberikan kebimbangan kepada umat Islam. Antaranya ialah :

-kebebasan untuk pilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
- mengiktiraf @ merestui hak-hak kaum-kaum sejenis seperti lesbian, gay, biseksual dan trandsgender (LGBT). Kebenaran kawin sama jantina.
- Menghapuskan hak istimewa orang melayu.
-memaksa tafsiran rasicm menurut sekular liberal barat.
-menghapuskan kesalahan jenayah syariah
- pertahankan dakyah agama lain dan penyebaran syiah atas nama kebebasan beragama.

Bayangkan jika perkara ini dibiarkan begitu sahaja. Sudah tentunya generasi akan datang tidak terjamin masa hadapannya. Bayangkan jika ahli keluarga anda sendiri tiba-tiba menyatakan hasrat ingin bertukar agama. Bayangkan banyaknya kaum sejenis kat muka bumi ni dan jika terjadinya perkara ini, maka terhapuslah segala keturunan kita..sebab?..takde siapa yang nak mengandung..haha..ye la..kawin sama jantina, dapat anak ke?..pikir2 sendiri..

Yang paling sedihnya perkara ni selalu sahaja dikaitkan dengan politik. Saling tunding jari antara satu sama lain. Tolak politik ke tepi. Fikirkan sekarang nasib diri anda dan keluarga anda sendiri. Mana yang lebih utama??

~Yana~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan