^_^

^_^

Followers

Selasa, 17 Jun 2014

LELAKI TANPA IJAZAH, BERJAYA ATAU TIDAK?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Hari ini yana nak kongsi satu artikel yang yana baca dekat web metro yang menarik minat yana untuk membacanya. So you all especially encik panda boleh la baca artikel ni untuk motivasi diri.. :)

Antara soalan yang sering ditanya adalah ‘Adakah segulung ijazah akan membawa kepada kejayaan sebenar dalam hidup?” Masyarakat hari ini beranggapan hanya dengan segulung ijazah akan membawa seseorang itu berjaya namun hakikatnya, menuntut ilmu tidak mempunyai had masa dan tanpa ukuran sebarang sijil.
Dengan kata lain, tidak mempunyai ijazah tidak semestinya seseorang itu tidak boleh berjaya. Semua orang di dunia ini boleh berjaya apabila mempunyai semangat tinggi dan usaha gigih dalam diri. Semangat adalah faktor penting dalam memotivasikan diri yang boleh dipadukan bersama usaha untuk mencapai kejayaan. 
Ada juga berpendapat, lelaki tanpa ijazah namun masih boleh mendaki kejayaan adalah mereka yang hebat. Mereka tiada sijil namun mempu­nyai ilmu dan kemahiran yang hanya diperoleh melalui pengalaman. 

Mereka tiada ijazah namun mampu hidup lebih selesa jika dibandingkan dengan rakan lain yang mungkin mempunyai ijazah panjang berjela.

Justeru, perlu ada tanggapan positif untuk diterapkan dalam fikiran masyarakat bahawa lelaki tanpa tanpa ijazah juga boleh berjaya dalam hidup.

Sebenarnya, kelayakan akademik dan segulung ijazah bukan ukuran terhadap kebijaksanaan seseorang. Jangan terkejut jika ramai yang tanpa ijazah lebih berjaya daripada mereka yang berijazah kelas pertama. Bukan pendidikan formal yang menentukan kejayaan kita tetapi pengalaman guru terbaik sebagai panduan kehidupan. 

Lelaki tanpa ijazah lebih praktikal berbanding lelaki berijazah. Kebiasaannya, lelaki yang ‘kurang bijak di atas kertas’ mempunyai kemahiran jauh bermanfaat. Mereka mungkin bukan pakar dalam akademik tapi mungkin pakar pelbagai kemahiran. 

Tanpa sekeping ijazah juga peluang hidup cerah tetap ada. Ramai graduan kini masih terkial kial mencari pekerjaan biarpun ada ijazah mahupun keputusan peperiksaan cemerlang. Selepas bertungkus lumus paling kurang tiga tahun di institusi pengajian tinggi, mereka akhirnya menjadi penganggur terhormat. 

Bagi mereka yang tidak berpeluang kerana desakan semasa ataupun keputusan peperiksaan kurang melayakkan, pelbagai cara boleh dilakukan dalam tempoh berkenaan. Mungkin mencari pekerjaan bagi menstabilkan kewangan dan ekonomi. 

Orang yang tidak mempunyai kelulusan tinggi juga boleh menjadi usahawan misalnya dan mungkin boleh memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang mempunyai ijazah pula pada masa depan. 

Jangan sesekali kita menjadi masyarakat yang suka membuat perspektif negatif. Sangat rugi menilai seseorang melalui taraf pendidikannya dan bukan hati budinya. 


* Penulis siswa Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai Negeri Sembilan. 
-disunting oleh Fauziah Samudi, disiarkan pada 2/6/2014, oleh myMetro.

Yana setuju dengan artikel ni. By the way, rezeki kan di tangan Allah. Macam-macam jalan DIA bagi untuk kita berjaya. So, keputusan di tangan masing2. Jangan berhenti berusaha, satu hari nanti kita pasti berjaya. Sekurang-kurangnya pekerjaan yang dipilih itu pekerjaan yang halal. Kan? :)