^_^

^_^

Followers

Selasa, 17 Jun 2014

LELAKI TANPA IJAZAH, BERJAYA ATAU TIDAK?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Hari ini yana nak kongsi satu artikel yang yana baca dekat web metro yang menarik minat yana untuk membacanya. So you all especially encik panda boleh la baca artikel ni untuk motivasi diri.. :)

Antara soalan yang sering ditanya adalah ‘Adakah segulung ijazah akan membawa kepada kejayaan sebenar dalam hidup?” Masyarakat hari ini beranggapan hanya dengan segulung ijazah akan membawa seseorang itu berjaya namun hakikatnya, menuntut ilmu tidak mempunyai had masa dan tanpa ukuran sebarang sijil.
Dengan kata lain, tidak mempunyai ijazah tidak semestinya seseorang itu tidak boleh berjaya. Semua orang di dunia ini boleh berjaya apabila mempunyai semangat tinggi dan usaha gigih dalam diri. Semangat adalah faktor penting dalam memotivasikan diri yang boleh dipadukan bersama usaha untuk mencapai kejayaan. 
Ada juga berpendapat, lelaki tanpa ijazah namun masih boleh mendaki kejayaan adalah mereka yang hebat. Mereka tiada sijil namun mempu­nyai ilmu dan kemahiran yang hanya diperoleh melalui pengalaman. 

Mereka tiada ijazah namun mampu hidup lebih selesa jika dibandingkan dengan rakan lain yang mungkin mempunyai ijazah panjang berjela.

Justeru, perlu ada tanggapan positif untuk diterapkan dalam fikiran masyarakat bahawa lelaki tanpa tanpa ijazah juga boleh berjaya dalam hidup.

Sebenarnya, kelayakan akademik dan segulung ijazah bukan ukuran terhadap kebijaksanaan seseorang. Jangan terkejut jika ramai yang tanpa ijazah lebih berjaya daripada mereka yang berijazah kelas pertama. Bukan pendidikan formal yang menentukan kejayaan kita tetapi pengalaman guru terbaik sebagai panduan kehidupan. 

Lelaki tanpa ijazah lebih praktikal berbanding lelaki berijazah. Kebiasaannya, lelaki yang ‘kurang bijak di atas kertas’ mempunyai kemahiran jauh bermanfaat. Mereka mungkin bukan pakar dalam akademik tapi mungkin pakar pelbagai kemahiran. 

Tanpa sekeping ijazah juga peluang hidup cerah tetap ada. Ramai graduan kini masih terkial kial mencari pekerjaan biarpun ada ijazah mahupun keputusan peperiksaan cemerlang. Selepas bertungkus lumus paling kurang tiga tahun di institusi pengajian tinggi, mereka akhirnya menjadi penganggur terhormat. 

Bagi mereka yang tidak berpeluang kerana desakan semasa ataupun keputusan peperiksaan kurang melayakkan, pelbagai cara boleh dilakukan dalam tempoh berkenaan. Mungkin mencari pekerjaan bagi menstabilkan kewangan dan ekonomi. 

Orang yang tidak mempunyai kelulusan tinggi juga boleh menjadi usahawan misalnya dan mungkin boleh memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang mempunyai ijazah pula pada masa depan. 

Jangan sesekali kita menjadi masyarakat yang suka membuat perspektif negatif. Sangat rugi menilai seseorang melalui taraf pendidikannya dan bukan hati budinya. 


* Penulis siswa Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai Negeri Sembilan. 
-disunting oleh Fauziah Samudi, disiarkan pada 2/6/2014, oleh myMetro.

Yana setuju dengan artikel ni. By the way, rezeki kan di tangan Allah. Macam-macam jalan DIA bagi untuk kita berjaya. So, keputusan di tangan masing2. Jangan berhenti berusaha, satu hari nanti kita pasti berjaya. Sekurang-kurangnya pekerjaan yang dipilih itu pekerjaan yang halal. Kan? :)

Isnin, 14 April 2014

HARI2 TERAKHIR KHATAM PRAKTIKUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Yana rasa nak buat satu coretan lagi la. Buat hilang bosan detik-detik menghadapi hari-hari akhir praktikum. 

Pejam celik, pejam celik, tinggal lapan hari lagi je sebelum nak khatam praktikum. I'll miss them somehow....  ;(



Sepanjang tiga kali praktikum ni, banyak jenis murid yana jumpa. Latar belakang berbeza, perwatakan pun berbeza. Macam2 jenis anak murid lah. Tapi takde satu pun yang yana benci atau terlalu suka. Semua layan sama rata. Harap bila besar nanti mereka dapat jadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara,,amiiinnn... :)

Ahad, 19 Januari 2014

MY SCRIBD ACCOUNT

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

See, nampak tajuk kan? Agak-agak apa yana nak share kali ni?..hehe..yana nak pass link url ke profile yana kat scrib supaya korang boleh cari apa-apa maklumat terutamanya yang berkaitan dengan ilmu yang yana belajar kat IPG Kampus Sultan Mizan. Mungkin tak banyak maklumat yang dikongsi, tetapi sedikit sebanyak maklumat yang yana upload kat scribd tu membantu yana masa yana face examination. Ada la sikit-sikit nota ringkas yana buat masa nak dekat-dekat exam especially subjek prasekolah. Banyak lagi maklumat yang yana tak upload dan tengok la nanti macam mana, ada masa yana upload lagi. 

Bukak profile ni & discover sendiri nota apa yang korang nak cari tu okey ^_^

http://www.scribd.com/dyaz_hererra91

Hopefully useful untuk semua. Sekian dari admin.

~Yana~

Jumaat, 17 Januari 2014

Apa Itu COMANGO?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni nak bercerita sikit tentang COMANGO. Pe benda tu? Nama pangkat ke jenama kereta?. huhu.. In English we call 'Coalition of Malaysian NGO's atau Bahasa Melayunya adalah Gabungan NGO Malaysia. Gabungan ni adalah pertubuhan bukan kerajaan yang mengemukakan laporan hak asasi manusia kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 


Dalam laporan COMANGO tu ada mengatakan beberapa tuntutan dan desakan yang telah memberikan kebimbangan kepada umat Islam. Antaranya ialah :

-kebebasan untuk pilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
- mengiktiraf @ merestui hak-hak kaum-kaum sejenis seperti lesbian, gay, biseksual dan trandsgender (LGBT). Kebenaran kawin sama jantina.
- Menghapuskan hak istimewa orang melayu.
-memaksa tafsiran rasicm menurut sekular liberal barat.
-menghapuskan kesalahan jenayah syariah
- pertahankan dakyah agama lain dan penyebaran syiah atas nama kebebasan beragama.

Bayangkan jika perkara ini dibiarkan begitu sahaja. Sudah tentunya generasi akan datang tidak terjamin masa hadapannya. Bayangkan jika ahli keluarga anda sendiri tiba-tiba menyatakan hasrat ingin bertukar agama. Bayangkan banyaknya kaum sejenis kat muka bumi ni dan jika terjadinya perkara ini, maka terhapuslah segala keturunan kita..sebab?..takde siapa yang nak mengandung..haha..ye la..kawin sama jantina, dapat anak ke?..pikir2 sendiri..

Yang paling sedihnya perkara ni selalu sahaja dikaitkan dengan politik. Saling tunding jari antara satu sama lain. Tolak politik ke tepi. Fikirkan sekarang nasib diri anda dan keluarga anda sendiri. Mana yang lebih utama??

~Yana~

Sabtu, 11 Januari 2014

TANDA KECIL DATANGNYA HARI KIAMAT : Diutus Nabi Muhammad S.A.W.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Muslim meriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, dia mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

"Waktu aku diutus (menjadi rasul) dan datangnya hari kiamat ialah seperti jarak antara kedua jari ini. Kemudian baginda menghimpunkan jari telunjuk dan jari tengahnya."

(HR Muslim, 2951)

Dipetik dari buku 75 Tanda-Tanda Kecil Datangnya Hari Kiamat oleh Yusuf Ali Badaiwi.

Cara Atasi Gangguan Haid

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Biasa kalau datang bulan ni kita selalu ambil pil or panadol or seumpamanya bila datang simptom macam senggugut or pening kepala. STOP!!!! Tak elok makan ubat. Saya dulu pon makan ubat dan dah terima effect kesan daripada pengambilan ubat tersebut. Saya ada cara lain, boleh cuba dulu, lebih selamat. 

Tips Nak Atasi Gangguan Haid : 

1. Jaram atau tuam perut atau bahagian pinggang bahagian belakang badan guna botol berisi air panas.

2. Mandi dengan air panas atau guna aromaterapi.

3. Minum minuman panas yang ada kalsium tinggi.

4. Urut atau gosok-gosok perut atau pinggang yang sakit. Afdal lagi kalau guna minyak sapu.

5. Mengambil posisi menonggeng sehingga rahim tergantung ke bawah.

6. Tarik nafas dalam-dalam secara perlahan.

7. Lakukan senaman yang cukup.

8. Jauhi stress.

9. Rehat yang cukup.

10. Ambil makanan yang sihat.

11. Banyakkan berzikir dan dengar orang lain baca Al-Quran agar hati jadi tenang.


Dipetik dari buku 'Amalan 24 Jam Wanita Haid' oleh Fahrur Muis.

***Admin suka tuam air panas je. Effective katanya. :)

LEMBARAN BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ini merupakan blog baru saya sempena penghijrahan diri yang saya lakukan secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Membuang entri-entri lama yang tidak berfaedah tersenarai dalam list penghijrahan saya. Senang cerita saya delete whole blog. Senang memudahkan kerja. InsyaAllah dalam blog baru ni mungkin saya tak banyak cerita pasal kisah hidup saya, sebaliknya lebih kepada informasi-informasi yang lebih bermanfaat kepada semua orang. Blog ni pun masih lagi dalam proses renovate. Makan masa juga nak renovate. hehe :)

Kalau ada apa-apa soalan yang ingin ditanya boleh tinggalkan soalan kat komen. InsyaAllah kalau saya boleh jawab, saya akan jawab. Kalau tak boleh, mungkin saya rujuk kepada yang lebih pakar.hehehe. Nanti saya usaha letak shoutbox kat blog ni okey? ..

Yana~